Tuesday 12 February 2013

Bandaraya Melaka

Pusat Bandaraya Melaka merupakan antara bandaraya terbesar dan antara kawasan penduduk paling padat di Malaysia. Negeri dan Bandaraya Melaka telah diasaskan pada tahun 1262 oleh Parameswara dan kini telah berusia lebih 750 tahun. Dengan populasinya sekitar lebih 509 000 orang (lebih setengah juta) di dalam kawasan bandaraya yang seluas lebih 300 Km2 dan lebih 800 000 orang di dalam kawasan metro, Bandaraya Melaka yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merupakan sebuah bandaraya bertaraf dunia dan menjadi pusat pelancongan, perkhidmatan, perdagangan, pendidikan, perindustrian dan kewangan utama di Negara Malaysia. Dari segi lokasi, Bandaraya Melaka juga merupakan antara bandaraya yang mempunyai bilangan pencakar langit yang banyak di Malaysia. Dari segi lokasi, Bandaraya Melaka terletak di tengah-tengah antara dua Ibu Negara iaitu antara Kuala Lumpur dan Bandaraya Singapura. Hanya 1 jam setengah diperlukan untuk sampai ke Kuala Lumpur, 1 jam ke Bandar Seremban, 2 jam ke Bandaraya Johor Bahru dan 2 jam setengah ke Singapura.

Gambar Satelit Bandaraya Melaka


Bandaraya Melaka Pandangan Dari Aeon Bandaraya


Sungai Melaka


Kini, bandaraya Melaka semakin berkembang pesat dalam menuju sebuah kota metropolitan yang utama di Malaysia dan Asia. Kewujudan infrastruktur yang hebat dan bertaraf dunia mencerminkan kemajuan negeri Melaka yang semakin cemerlang, gemilang dan terbilang. Berkat kebijaksanaan pemimpin, Melaka semakin bersinar di mata dunia. Majalah New York Times juga menyenaraikan Melaka sebagai antara 45 tempat yang paling dan mesti dilawati di dunia. Ini telah membuktikan Melaka sebuah bandaraya bertaraf dunia disamping pengiktirafannya sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 2012, Melaka berjaya mencatatkan jumlah kedatangan pelancong seramai 12 juta orang. Angka ini menginterpretasikan betapa hebat dan masyurnya Melaka sebagai sebuah pusat pelancongan utama dunia. Tahniah Melaka.. Negeri yang semakin menyerlah di mata dunia. 



Banda Hilir


Bandaraya Melaka Sebelum Hatten Square Siap Dibina


Jalan Bendahara


Ujong Pasir


Info Statistik Melaka 2011


  • Jumlah Penduduk Negeri Melaka (2011) = 830, 900 orang.
  • Jumlah Penduduk Bandaraya Melaka (2011) = 509, 100 orang.
  • Keluasan Negeri Melaka = 1656 Km2
  • Keluasan Pusat Bandaraya Melaka = 304 Km2
  • Kepadatan Penduduk Negeri Melaka = 502 orang per Km2
  • Kepadatan Penduduk Pusat Bandaraya Melaka = 1675 orang per Km2
  • Datuk Bandar Bandararaya Melaka: Datuk Zainal Abu.

No comments:

Post a Comment