Tuesday 12 February 2013

Melaka Syurga Membeli-Belah


Melaka telah menjadi sebagai ibukota atau syurga membeli belah yang utama di Malaysia. Kewujudan pusat membeli belah yang semakin berkembang pesat telah berjaya menarik jutaan pelancong ke Melaka. Berikut merupakan senarai antara pusat membeli belah yang terdapat di sekitar Bandaraya Melaka.

  • Mahkota Parade (MP).
  • Keluargaku.
  • Dataran Pahlawan Melaka Megamall (DP).
  • Plaza Melaka Raya.
  • Plaza Hang Tuah.
  • Mydin Mall, MITC.
  • Mydin Emporium, Melaka Sentral.
  • Mydin Bazar, Melaka Sentral.
  • Mydin Wholesale Hypermarket, Jasin Bestari, Jasin.
  • Tesco Peringgit.
  • Tesco Cheng.
  • Econsave Malim.
  • Econsave Batu Berendam.
  • Econsave Sungai Udang.
  • Giant Mahkota Parade.
  • Giant Bachang.
  • Giant Cheng.
  • Aeon Bandaraya Melaka.
  • Jusco Ayer Keroh.
  • Melaka Mall.
  • BB Mall (Bukit Beruang Mall).
  • Imperio Mall (Sedang dibina).
  • The Elements (Sedang dibina).
  • Parkson Festival City (Sedang dibina).
  • Arab City (Sedang dibina).
  • Madam Kings.
  • Uda Mall (Sedang dibina).
  • KIPMART (Sedang dibina)
  • Parkson Grand (Melaka Mall).
  • Parkson Grand (Mahkota Parade).
  • Giant Klebang.
  • Plaza Soon Seng (The Store).
  • Air Keroh Business Centre (Sedang dibina).
  • Kota Fesyen.
  • Hatten City.
  • The Shore (Sedang dibina).
  • Melaka Premium Outlet (Sedang Dibina)

Mahkota Parade

Jusco Air Keroh


Mydin Mall, MITC


AEON Bandaraya Melaka



Plaza Hang Tuah


The Shore


Elements Mall


Air Keroh Business Centre


Arab City


Giant Bachang


Dataran Pahlawan Melaka Megamall


Imperio Mall


Hatten Square


Keluargaku


Melaka Mall


Tesco Peringgit


Plaza Melaka Raya


Kota Fesyen MITC




Bandaraya Melaka

Pusat Bandaraya Melaka merupakan antara bandaraya terbesar dan antara kawasan penduduk paling padat di Malaysia. Negeri dan Bandaraya Melaka telah diasaskan pada tahun 1262 oleh Parameswara dan kini telah berusia lebih 750 tahun. Dengan populasinya sekitar lebih 509 000 orang (lebih setengah juta) di dalam kawasan bandaraya yang seluas lebih 300 Km2 dan lebih 800 000 orang di dalam kawasan metro, Bandaraya Melaka yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merupakan sebuah bandaraya bertaraf dunia dan menjadi pusat pelancongan, perkhidmatan, perdagangan, pendidikan, perindustrian dan kewangan utama di Negara Malaysia. Dari segi lokasi, Bandaraya Melaka juga merupakan antara bandaraya yang mempunyai bilangan pencakar langit yang banyak di Malaysia. Dari segi lokasi, Bandaraya Melaka terletak di tengah-tengah antara dua Ibu Negara iaitu antara Kuala Lumpur dan Bandaraya Singapura. Hanya 1 jam setengah diperlukan untuk sampai ke Kuala Lumpur, 1 jam ke Bandar Seremban, 2 jam ke Bandaraya Johor Bahru dan 2 jam setengah ke Singapura.

Gambar Satelit Bandaraya Melaka


Bandaraya Melaka Pandangan Dari Aeon Bandaraya


Sungai Melaka


Kini, bandaraya Melaka semakin berkembang pesat dalam menuju sebuah kota metropolitan yang utama di Malaysia dan Asia. Kewujudan infrastruktur yang hebat dan bertaraf dunia mencerminkan kemajuan negeri Melaka yang semakin cemerlang, gemilang dan terbilang. Berkat kebijaksanaan pemimpin, Melaka semakin bersinar di mata dunia. Majalah New York Times juga menyenaraikan Melaka sebagai antara 45 tempat yang paling dan mesti dilawati di dunia. Ini telah membuktikan Melaka sebuah bandaraya bertaraf dunia disamping pengiktirafannya sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Pada tahun 2012, Melaka berjaya mencatatkan jumlah kedatangan pelancong seramai 12 juta orang. Angka ini menginterpretasikan betapa hebat dan masyurnya Melaka sebagai sebuah pusat pelancongan utama dunia. Tahniah Melaka.. Negeri yang semakin menyerlah di mata dunia. 



Banda Hilir


Bandaraya Melaka Sebelum Hatten Square Siap Dibina


Jalan Bendahara


Ujong Pasir


Info Statistik Melaka 2011


  • Jumlah Penduduk Negeri Melaka (2011) = 830, 900 orang.
  • Jumlah Penduduk Bandaraya Melaka (2011) = 509, 100 orang.
  • Keluasan Negeri Melaka = 1656 Km2
  • Keluasan Pusat Bandaraya Melaka = 304 Km2
  • Kepadatan Penduduk Negeri Melaka = 502 orang per Km2
  • Kepadatan Penduduk Pusat Bandaraya Melaka = 1675 orang per Km2
  • Datuk Bandar Bandararaya Melaka: Datuk Zainal Abu.